Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Arau ditubuhkan pada 5 Januari 2004. Terdapat dua orang tenaga pengajar iaitu Encik Norzri bin Hat dan Cik Chan Bee Chin. Kumpulan murid pertama adalah seramai enam orang yang berumur di antara 13 dan 14 tahun. Murid-murid berkenaan adalah lanjutan dari kelas KKBP Sekolah Tengku Budriah, Arau dan seorang murid dari kelas normal yang telah mendapat pengesahan pakar perubatan. Mereka telah ditempatkan di dalam satu bilik yang hanya berkeluasan 20 kaki x 25 kaki persegi.
Pengubahsuaian bangunan Sains Pertanian untuk dijadikan bangunan Pendidikan Khas bermula pada 5 Ogos 2004. Kemasukan ke bangunan baru pada 21 Mac 2005 dengan kapasiti 16 orang murid dan 3 orang guru. Sehingga tahun 2010, bilangan guru adalah seramai 10 orang dan murid seramai 47 orang dengan dibantu oleh 3 orang pembantu pengurusan murid.
Proses pengubahsuaian perlu sebagai landasan jika sesebuah organisasi ingin menggapai kecemerlangan. Justeru, kewujudan peluang melalui sistem kenaikan pangkat untuk guru-guru pendidikan khas telah memberikan ruang kepada Encik Roslan bin Othman dilantik sebagai Penyelaras PPKIBP SMK Arau berkuatkuasa pada 1 Ogos 2009.
Memandangkan perlantikan beliau bermula di pertengahan penggal kedua persekolahan, Encik Roslan memberi ruang kepada penyelaras terdahulu meneruskan semua dasar dan perancangan sedia ada sehingga penghujung tahun 2009. Encik Roslan memulakan tugas sebagai penyelaras sepenuhnya pada Januari 2010.
Tahun 2010 juga menyaksikan pertambahan bilangan murid sehingga mencapai angka 47 orang seterusnya menjadikan PPKIBP SMK Arau sebagai Program Pendidikan Khas Intergrasi terbesar di bawah pentadbiran JPN Perlis. Justeru, situasi ini menuntut pertambahan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM). Bahagian Pendidikan Khas, KPM melalui JPN Perlis telah menempatkan seramai tiga orang guru baru dan seorang pembantu pengurusan murid. Tenaga kerja yang mencukupi telah memberi kelebihan dari segi idea dan pengurusan yang lebih tersusun.
Di bawah pengurusan dan pentadbiran yang baru, telah menampakkan banyak perubahan ketara terutamanya dari segi hala tuju perincian tugas yang lebih jelas. Setiap guru berpeluang mengajar satu mata pelajaran major di samping mata pelajaran lain mengikut opsyen, kemahiran dan pengalaman. Pengagihan tugas serta 'empowerment' yang diamalkan telah memberi ruang yang luas kepada guru-guru dan pembantu pengurusan murid untuk menyerlahkan kreativiti serta potensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di bawah pengurusan dan pentadbiran yang baru, telah menampakkan banyak perubahan ketara terutamanya dari segi hala tuju perincian tugas yang lebih jelas. Setiap guru berpeluang mengajar satu mata pelajaran major di samping mata pelajaran lain mengikut opsyen, kemahiran dan pengalaman. Pengagihan tugas serta 'empowerment' yang diamalkan telah memberi ruang yang luas kepada guru-guru dan pembantu pengurusan murid untuk menyerlahkan kreativiti serta potensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dinamika perubahan juga merangkumi penyusunan semula pengurusan bidang kurikulum, kokurikulum serta hal ehwal murid. Program yang dirancang dan dilaksanakan menitikberatkan perkembangan potensi diri murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aktiviti seperti terapi seni, terapi air dan terapi bowling dijalankan dengan lebih kerap untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kasar dan halus murid-murid. Selain itu, fokus utama PPKIBP SMK Arau bermula tahun 2010 ialah mata pelajaran MPV Kek dan Pastri. Kaedah pengajaran dan pembelajarannya berteraskan 70% kemahiran manakala 30% adalah akademik.
Kini menjelang tahun 2010, SMK Arau telah terpilih sebagai Program Pendidikan Khas Contoh Negeri Perlis. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan program PPKIBP SMK Arau mampu memenuhi hasrat yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi 'benchmark' negeri Perlis.
KEMBALI KE BLOG UTAMA